koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 16 July 2012
KUNTUMAN MAWAR KASIH DAN SAYANGKU
Kuntuman pertama
aku lakarkan tentang rinduku
yang sentiasa berbunga
indah dan mewangi
kuhadiahkan kerinduan abadi.
Kuntuman ke dua
kulakarkan pula tentang kasihku
yang sentiasa berbunga
di kelopak rinduku
sebagai pewangi rinduku terhadapmu.
Kuntuman ke tiga
kulakarkan tentang sayangku
yang sentiasa mekar berbunga
di tangkai kasih dan rinduku
kujadikan hamparan
sejadah cintaku terhadap dirimu.
Dan akhirnya
kukumpulkan semua kuntuman itu
dan kuabadikan
sebagai jambangan
cinta suciku buat dirimu ... sayangku.
Tiga kuntuman mawar itu bermaksud - aku cinta kepadamu.
ss/spl/pm ... 16/7/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment