koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 30 April 2013
CATATAN KEMARIN
Hujan pada derasmu
tertumpah lagi
aku basah
berpayung
alam tanpa sedar
dedaun yang melambai
tiada mampu
menutupi jiwa yang masai
entah apa
memunggah diri
perlahan aku bangkit
kulipat janji
catatan siang kemarin
di ujung pandangan senja ini
aku menunggu
kala suara bisikan itu
bergema
mengenai lantai cinta
di mana ianya telah
tercampak
Penalukisan hati
Ummi marshyeta
30/4/13
Taiping
Wahai Perwira dan Serikandi Negara.
Perwira dan serikandi
bergelumang ajal dan maut
setiap masa, saat dan ketika
mempertahankan negara
dari ancaman musuh durjana
yang cuba menggoncang
kedamaian dan keharmonian
kestabilan rakyat tercinta
buat kamu semua
perwira dan serikandi negara
di hari yang bersejarah ini
aku ucapkan ribuan terima kasih
dan selamat menyambut hari pekerja
di atas pengorbanan muliamu.
Darahmu menggila demi negara tercinta.
ss/spl/pm ... 01/05/2013.
Kudratku dan iradat Tuhan.
Bagai camar yang pulang
sarangnya memanggil
setelah seharian terbang di awanan
mencari rezeki di rantau orang
tiba waktunya
... melepaskan lelah bersawang.
Mata yang letih
minta dimengerti - merayu simpati
ikhsan ditagihi
untuk dikelamkan cahaya
barang semalaman
... mengumpul kembali kudrat yang hilang.
Ahh! ... iradat Tuhan
sehari pergi
dan sehari lagi bakal menjelang
diri yang berdagang
lelah mendatang
... hidup adalah perjuangan.
Selagi ada nafas dan nyawa.
ss/spl/pm ... 30/04/2013.
Seri Yang Hilang.
Mawar
tangkaimu menghijau
bergetah
berurat dedaunnya
di baris berduri.
Mawar
kelopakmu masih menguntum
belum pun mekar
didatangi sang kumbang
ganas dan rakus.
Mawar
durimu bukan halangan sang kumbang
sayapnya sentiasa berkibasan
pantas dan tuntas
mencari peluang dan ruang.
Mawar
kamu layu sebelum waktu
kelopakmu muda masih menggebu
belum berkembang belum mengharum
namun hilangnya madu
... maka hilanglah juga, seri dirimu.
Siapa yang harus dipersalahkan.
ss/spl/pm ... 30/04/2013.
TERHIJABKAH?
Hijabkan wajahmu dari pandangan mata serakah
yang seolahnya ingin menelanjangi seluruh tubuhmu
dengan getar nafsu cilaka berbaur dosa
menyimpul berahi jelek sedang nafas tersangkut mengah
dengan hilai jeritan syaitan menerjah gegendang telinga
dan tanpa sedar memimpin bauan neraka bersama ke liang lahad.
Hijabkan suaramu dalam bisik bukan merayu
menyanggah dengar telinga-telinga yang lohong
menembus akal lalu bergentayang nada-nada jalang
menggeroyok dalam fitnah yang berdendang rancak
menggerumun seperti bangkai yang menyemarakkan bauan
sedang hidup berpeta dalam jangkauan neraka.
Hijabkan langkahmu dari kerikil-kerikil dosa
biar teguh terpaksi dalam kota iman
memancang maruah disegenap mata batin
namun tidak sesekali tersungkur dalam jebak rayuan
walau sekadar kerlingan namun iltizam yang kian utuh
membawa bauan syurga yang menepis mungkar
mencium nikmat dalam Dua Kalimah Syahadah.
Qalam Bertinta
30042013
0121am
Bisu di dada malam.
Kujilat dada malam
beralas lidah terluka
kelu terkedu
layu di kaki kaku
sayu dan pilu
mendayu; merayu-rayu.
Kujahit luka di lidahku
berbius tiada
agar sengketa teruja tiada.
ss/spl/pm ... 29/04/2013.
Monday, 29 April 2013
KINI TIBA MASANYA
Lima tahun ditunggu
kini sudah sampai masanya
kita bercakap menggunakan tinta
memangkah di atas kertas yang diberi
memilih siapa yang kita suka
tanpa dipaksa apalagi memaksa.
Untuk memiliki
manusia akan berjanji
untuk berkuasa
manusia juga akan berkata apa saja
namun tidak semua janji akan ditepati
dan tidak semua kata akan dikota.
Pilihan yang kita buat
tidak semestinya pilihan semua
pilihan kita atas dasar percaya
pada kata hati tapi bukan kata parti.
Pilihlah dari nurani
biarpun pilihan itu nanti
bukanlah penentu hidup mati kita
sekadar memilih seseorang
untuk kita berikan kuasa mentadbir negara
tetapi bukannya untuk meneroka
segala khazanah yang ada
lalu dijadikan sebagai pusaka keluarga.
Undi kita
pilihan kita.
…tepuk dada, tanya hati.
Qalam Bertinta
29042013
1925pm
Senja Dan Sendu.
Senja ini
senduku berlagu
beriringan mendung kelabu
terbias di langit rindu.
Senja
bagai mengerti
rintihan hati
melewati titian sepi.
Ahh! ... biarlah
biarkanlah
biarlah aku menangis
dan biarkanlah
... di senja ini
senduku terus berlagu, pilu.
Senja dan sendu di hatiku.
ss/spl/pm ... 29/04/2013.
Checklist II.
Rukun dan damai kurasakan bila saling tegur menegur, salam memberi salam, memberi cadangan dan menerima cadangan dalam suasana mesra...akan menambah baik lagi luahan dan lakaran di hari mendatang...itulah martabat sastera negara dan seantero dunia...amin.
Checklist Sazalee Sulaiman. 1426pm, 29/04/2013.
Sunday, 28 April 2013
Cinta yang tersia.
Cinta yang bertapak kurasakan sia-sia
di kamar jiwa yang berhijab ini
terbit satu rasa kebencian kian menebal di hati
semakin menghunjam kesabaran diri
menikam kalbuku yang sepi,
setelah tirainya kukuak dan jendelanya kuselak
kuselinap dan kuselami kamar hatimu
terbuktilah kini cinta yang aku beri hanya sia-sia
kerana tiada aku di sisi
menemani perjalanan malammu yang sunyi.
... sia-sia cinta yang aku beri.
ss/spl/pm ... 28/04/2013.
~♥ Wilahar ♥~
Di tebing wilahar
menjadikan wingit cinta
yang tiada bertugu
atau ukirannya
rubsyahku bagaikan rasian
inginkan realiti bukan fantasi
Amalgam mengilau bak ratna
mengilapkan pancarindera yang tidak berkaca
bak apogi meletus di angkasa
mengimbauku tentang sejarah cinta
engkau.. aku dan dia
yang terkunci di benjan sahaja
tidak bersuara
umpama dimatikan segalanya
Kesah termadkur
bukannya khayalan semata-mata
kesah cinta tiidak serupa Romeo dan Julietnya
yang mengakhiri begitu sahaja
ditunu warkah-warkah
menghapuskan sejarahnya
yang serpihan pengokot hati
seorang penjiwa dan pencinta
kini bertaukif di hadapannya
tidak serupa
seperti asfalt berbagai bentuknya
Lingsirnya sang mentari
di tepian wilahar bersejarah ini
yang dipanji seribu kata
disaksikan rembulan dan kerdipan bintang
hanya meninggalkan kesan sejarah silamnya
~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa ~ 28/04/2013
menjadikan wingit cinta
yang tiada bertugu
atau ukirannya
rubsyahku bagaikan rasian
inginkan realiti bukan fantasi
Amalgam mengilau bak ratna
mengilapkan pancarindera yang tidak berkaca
bak apogi meletus di angkasa
mengimbauku tentang sejarah cinta
engkau.. aku dan dia
yang terkunci di benjan sahaja
tidak bersuara
umpama dimatikan segalanya
Kesah termadkur
bukannya khayalan semata-mata
kesah cinta tiidak serupa Romeo dan Julietnya
yang mengakhiri begitu sahaja
ditunu warkah-warkah
menghapuskan sejarahnya
yang serpihan pengokot hati
seorang penjiwa dan pencinta
kini bertaukif di hadapannya
tidak serupa
seperti asfalt berbagai bentuknya
Lingsirnya sang mentari
di tepian wilahar bersejarah ini
yang dipanji seribu kata
disaksikan rembulan dan kerdipan bintang
hanya meninggalkan kesan sejarah silamnya
~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa ~ 28/04/2013
Aku Mencadangkan
...hormati hak membuat pilihan
masing-masing ada pendirian
masing-masing ada kepercayaan
jika anda pendokong kedaulatan undang-undang
rasionallah dalam menerima keputusan
majoriti kerusi siapa yang pegang
dialah yang mendapat mandat pentadbiran
bekas kerajaan atau pembangkang
pada aku tiada halangan...
....kurangkan kontroversi tingkatkan kualiti
jangan hanya cakap berapi
tindakan lembap macam siput babi
kalau tak reti
duduk saja tepi
belajar lagi
mengurus bukan hanya main petik jari
mentadbir bukan hanya duduk di meja minum kopi
nilai diri mampu atau tidak berkhidmat penuh keikhlasan hati...
CNM
Fanatik
...ada penyokong parti politik
pantang dikritik
bagai dijentik
mula mengherdik
konon dialah tercerdik
orang lain semua capik...
...aku tak pelik
emosi tak dicelik
hanya pandai mendabik
cakap tak berlapik
jangan sampai ada yang mencarik
fahami sistem demokratik...
yang memeritah juga yang membangkang cuba tertib.
CNM
Hakikat
terlihat
petah pejuang meninggi darjat
yang menongkah semua keparat
sedang aroma bicara diperalat
menjual maruah negara berdaulat...
hebat
empat penjuru disagat
memancing pandangan rakyat
sedang cerita dalam kelambu berselirat
tempias memercik meluntur martabat...
hakikat
indah permukaan di dasar berkarat
cacat yang tercatat
jelas terpahat
muslihat ditertawa yang melihat.
CNM
CINTA YANG MASIH ADA
Kuresap semua perasaanku yang ada
agar menyatu di dalam nafasku
dan akan selimutinya
dengan selimut cintaku
kerana demi sebuah janji
tidak akan kubiarkan
cinta ini menjadi sejarah
yang hanya ditulis di kajang ingatan
dan biarpun bersama atau tanpamu
aku akan setia dengan cinta ini
kerana cinta bukan sekadar ungkapan
malah satu anugerah yang terindah
yang diberikan padaku…padamu
pun cinta bukan untuk dinilai
tapi untuk disemai
bukan juga untuk dihindari
tapi untuk dimiliki.
Qalam Bertinta
28042013
1949pm
BERSALAHKAH AKU
Masih bersalahkah aku
setelah semua mahumu kuturuti
melayan setiap tingkahmu
biarpun terkadang sumbang
namun kerana sebuah kesetiaan
aku masih mampu tersenyum
biarpun hati tersayat pilu.
Masih bersalahkah aku
bila setiap rasa cinta yang ada
seikhlasnya kupersembahkan padamu
menyerahkan kejujuranku tanpa persoalan
sedangkan engkau sering mencipta jurang
yang semakin menjarakkan ikatan ini
ikatan yang pernah kita paksikan
di juzuk hati engkau dan aku.
Bersalahkah aku
bila perasaan ini semakin menjauh
setelah setiap pengorbananku
atas nama cinta ini.
tidak pernah engkau hargai
apalagi untuk engkau kenangi
malah engkau mula menyalakan apibenci
yang kini semakin membara dan menyala
di setiap sudut dalam dirimu.
Bersalahkah aku
bila cintaku pun
mula berpaling arah.
Qalam Bertinta
28042013
1225pm
Di Senja Menyapa.
Ada rindu membakar di jiwa
terbit di wajah - jelas di mata
memancar-mancar di sebalik cahaya
terik mentari termanggu durja
... takut hendak menyapa, kata.
Semoga durja; menghilang, bila senja menyapa.
ss/spl/pm ... 28/04/2013.
Saturday, 27 April 2013
Jujur.
Jujur kukatakan! ... aku kecewa
amat kecewa sebenar-benarnya
dengan sikap teman-teman
yang tiada mahu berkerjasama
menjayakan acara yang diadakan untuk semua
mengupas dan memberikan pandangan
agar dapat kita bersama, semua
memperbaiki karya-karya kita
di hari muka.
Kalau enggan turut bersama
dan tidak mahu memberikan sepatah dua kata
menurunkan ilmu di dada
berkongsi ilmunya
kalau tidak 'online' tak apalah
ini jelas pada pandangan mata, jelas tertera
mereka ada
dengan menyukai komen-komen yang tertera.
Entahlah ... ,
entah mengapa dan di mana silapnya
aku tak tahu
mungkin juga majlis ini hanyalah sekadar majlis picisan
yang mungkin tidak menarik untuk diperkatakan
tidak diikhtirafkan oleh ahli majlis
pemuisi seantero dunia.
Bagiku
cukuplah walau hanya ucapan tahniah
itu sudah memadai rasanya
kerana bagiku
majlis ilmu tidak seharusnya disia-sia
sebegitu sahaja.
Jujur aku katakan juga
aku hampa dan amat
... amat rasa kecewa.
ss/spl/pm ... 27/04/2013.
Gurindam: Daun.
Daun palas daun emas
siapa culas dia kemas
daun betik daun gangsa
kalau gedik gatal sentiasa
daun rumbia daun besi
dah berusia sedarlah diri
daun kayu daun perak
geli hatiku kain terselak
daun purut daun berlian
sakit perut tidak tertahan
daun sireh daun tembaga
kalau pedih tutup telinga
daun peria daun suasa
maafkan saya hanya berseloka.
Marilah kita bergurindam ria.
ss/spl/pm ... 27/04/2013.
Gurindam pecah kaca pecah gelas.
Pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap dibalas.
Pecah kaca pecah gelas
hidup remaja sentiasa cergas.
Pecah kaca pecah gelas
sudah tua semputlah nafas.
Pecah kaca pecah gelas
buang masa sifat pemalas.
Pecah kaca pecah gelas
rajin berusaha usahlah culas.
Pecah kaca pecah gelas
berkawan kita biarlah ikhlas.
Pecah kaca pecah gelas
jangan neraka dijadikan markas.
Pecah kaca pecah gelas
jiwa berdosa sentiasa was-was.
Pecah kaca pecah gelas
bagai nuraga dalam berkias.
Jadikanlah dunia pintu ke taman firdaus.
ss/spl/pm ... 27/04/2013.
NASIHAT SEBELUM MATI
Dengan Bismillaah syair bermula.
Mohon petunjuk Allah Ta'ala.
Tempat bermohon dari segala.
Semoga ditutup aib dan cela.
Setiap bernyawa pasti 'kan mati.
Sudah ketentuan Robbul 'izzati.
Datangnya maut sudahlah pasti.
Tidak sekarang pasti kan nanti.
Siapkah jadi penghuni kubur.
Berteman cacing, tanah dan lumpur.
Tiada teman sudi menghibur.
Tiada kawan temani tidur.
Di dalam kubur hanya seorang.
Tiada lampu sebagai penerang.
Bacalah Al Qur'an dari sekarang.
Agar kuburmu terang benderang.
Bagi manusia paling celaka.
Tinggal di kubur tiada suka.
Kubur adalah malapetaka.
Kubur salah satu jurang neraka.
Tetapi bagi hamba beriman.
Kubur umpama sebuah taman.
Tempat tidurnya empuk dan nyaman.
Di dalam kubur merasa aman.
Hidup di dunia berhati-hati.
Siapkan bekal sebelum mati.
Beramal sholeh tiada henti.
Agar selamat di kubur nanti.
Ini nasihat bagi semua.
Baik yang muda atau yang tua.
Bekal apa yang kita bawa.
Saat jasad tidak bernyawa.
Sang Penyair
Sabtu, 27 April 2013
Pkl.10:50 wita.
Samarinda, Kalimantan Timur.
Simfoni Semulajadi.
Mentari menegak tinggi
condong sedikit di bahagian sisi
tulang-temulang berderap, berbunyi
orkestra fakir berkerincing; bangsi
kantung pundi kian bersimfoni.
Kuluruskan pinggang kulunjurkan kaki
... kelopak mata masih bertahi.
Di bolong hari cacing menari.
ss/spl/pm ... 27/04/2013.
PEMUISI ANGKUH
Aduh!
bagaimanakah hendak aku mulakan
satu cerita yang bukaan rekaan
tapi benar dan bukan sengaja dibenarkan
cerita tentang seorang pemuisi perasan
yang rasa karyanya tiada tandingan
di antara ramai-ramai yang jadi ahli kumpulan
kononnya dialah yang paling berketerampilan
hinggakan silapnya yang cuba teman-teman betulkan
disanggah dan diperleceh ikut ‘dan
mungkin dia rasa puisinya cukup jagoan
hingga tak perlukan pandangan
atau pun untuk diperbetulkan.
Di sini ingin aku tekankan
kalau anggap semua teman tidak sepadan
lebih eloklah tinggalkan kumpulan
pergilah berpuisi sendirian
kemudian lambunglah diri dengan puji-pujian
lepas tu senyumlah tanda kepuasan.
Cerita ini bukan dongengan
semuanya adalah kenyataan
moga boleh beri kesedaran
kepada yang empunya badan
cukup-cukuplah dengan sikap perasan
kita semua ini makhluk ciptaan Tuhan
tidak dianugerahkan dengan sifat kesempurnaan
ambillah teguran dan jadikan panduan
dan belajarlah dari kesilapan
jangan dianggap sebagai celaan
usahlah angkuh melebihi sempadan
barulah dihormati teman-teman.
Qalam Bertinta
26042013
1925pm
PEMUISI ANGKUH
Pemuisi angkuh
bukannya berseloroh
tak senonoh
perangai sombong bodoh
ditegur dia kecoh
tak tegur, orang lain pula yang kecoh.
Pemuisi angkuh
bila ditegur a, dia pasti membalas kata b
bila ditegur pula c
dia pasti membalas semula mengatakan z
tak nak mengaku kesilapan sendiri
walau terpampang tidak tersembunyi.
Pemuisi angkuh
tak rugi seandainya mengaku kesilapan sendiri
pertahankan jika kebenaran berpihak di sisi
berpijaklah di atas bumi
jangan berpijak di atas syok sendiri
kelak lemas, di awangan; engkau bersendiri.
Betul ... , tak rugi
kerana kesilapan dan pembetulan
boleh mengajar kita untuk lebih berhati-hati
di kemudian hari.
Wahai pemuisi yang angkuh.
ss/spl/pm ... 26/4/2013.
Hurung
...kerana ada puntung
nyalaan kata konon bawa untung
dihurung
dilambung
harapan menggunung
pada sang payung
cuma jangan sampai tergulung
dek lidah yang memasung
yang ternyata gelung
kelak hati rentung
amarah membusung
meletup kemeluatan tak terbendung...
CNM
Lima Tahun Masa
Lima tahun masa
bukan sekelip mata
banyak jasa
andai jujur membela
kenapa ramai yang bersuara
meminta-minta
janji yang tak terkota...
Lima tahun masa
mana agenda
konon sempurna
saudara!
mentadbir bukan hanya kata-kata
mengurus bukan hanya memetik jari di meja...
ukur baju
sebelum menempah
lebih cakna...
CNM
Gelombang
Gelombang biru, gelombang hijau
jaga tingkah laku, orang tak kacau.
Gelombang biru, gelombang hijau
jangan tertipu, dek janji sasau.
Gelombang biru, gelombang hijau
dapatkan restu, sebelum dihalau.
Gelombang biru, gelombang hijau
hati berbuku, janji tak dihirau.
Gelombang biru, gelombang hijau
tadbiran padu, sokongan tak melilau.
Gelombang biru, gelombang hijau
pilih dengan jitu, tiada rongong langau.
CNM
Gurindam pen merah pen biru.
Pen merah pen biru
jangan marah kucinta kamu.
Pen merah pen biru
jiwa parah teringatkanmu.
Pen merah pen biru
mawar berdarah di hatiku.
Pen merah pen biru
gurindam pasrah aku berlagu.
Hu hu hu.
ss/spl/pm ... 26/04/2013.
Wajah biru
Oleh : Pondokleke
Wajah biru tertumpah sudah
Terbelah pecah belambah
Bersimbah bersiram darah
Wajah biru tertunduk malu
Menatap takut dalam sekejap
Merangkak mencari tahu menuju arah
Menahan rasa bangkitkan amarah
Wajah biru tak menentu
Berlaku kejam hancurkan raga
Wajah biru termangu sendu
Redakan jiwa sembuhkan rasa
Meranti
26 APRIL 2013
~ kata-kata cinta palsu ~
aku cinta padamu
engkaulah kekasihku
engkau umpama bulan mengambang
engkaulah juwitaku
biar putih tulang jangan putih mata
lautan api akan kurenangi
kupetik bintang untukmu
biar beribu tahun akan kunantikan
belahlah dadaku.
hanya mati memisahkan kita
aku rela mati jika hidup tanpamu
langkah mayat aku dulu
akan kunanti engkau di pintu surga
indah tersusun bicara kata.
hanyalah hayalan yang tidak punya kebenarannya
bagai pemanis bibir..
Jue Affendi
Thursday, 25 April 2013
DUSTA DI SELARIK SENYUMMU
Aku tidak punya anugerah
apa lagi kesaktian
untuk aku membaca
akan setiap tulisan
yang ada di hatimu
namun mengenali dan mencintaimu
dalam waktu yang bertukar musim.
telah dapat kufahami
engkau bukan seperti dulu
yang pernah kukenal
dan aku yakin
cintamu telah mula berpaling arah
cuma engkau masih lagi berselindung
di sebalik selarik senyumanmu
biarpun kutahu
senyummu itu penuh dusta.
Qalam Bertinta
25042013
1935pm
~♥ Cemburu Aku ♥~
Aku cemburu,
kerana sinar rembulan
telah mendahuluiku
untuk memilikimu
Aku cemburu,
kerana kesunyian ini
telah mendahuluiku untuk
bercengkerama denganmu
Aku cemburu,
kerana desiran angin
telah mendahuluiku
untuk menyelimuti hatimu
dengan sejuta kasihku
Dan aku cemburu,
mengapa semua mendahuluiku?
~ Nagam Nukilan Pena ILhamku - Kota Singa ~ 25/04/2013
BELAYAR MENCARI PENAWAR.
Lautan itu
bagaikan mencabar aku
ketika bahtera rindu aku kemudikan
mencari jejak kasihmu
yang pernah aku miliki
namun kini telah hilang
ketika kasihmu baru kusemai
di tapak semaian cintaku.
Meredah lenggokkan badai
mengajar aku arti ketabahan
dan menagih satu pengorbanan
untuk kembali menyuburkan
benih-benih kasih
yang tersemai di hati kita.
Sauh bahtera ini
tidak akan kulabuhkan
kerana aku tahu
pelayaran ini bukan sekadar mencabar laut
ianya juga mencabar aku
untuk belayar mencari penawar
engkau dan aku.
Cahaya Laila
25April2013
Malam Gersang.
Malam ini dahanku kekeringan
mengharap sentuhan manja
embunan suci
... sesuci kelopak-kelopak mawarmu
... membasahi
lantas menyegarkan kembali
dahan yang kering
hampir kematian pucuknya.
Berdatanglah embun
di malam kegersangan bertamu
dahan yang kering
setia menanti; hadirmu
... menemani.
ss/spl/pm ... 25/04/2013.
BELAYAR MENCARI PENAWAR
Dalam pelayaran ini
ingin kucari satu titik cahaya
cahaya yang telah lama hilang
hinggakan mencipta gelap
dalam jalur-jalur hidupku
lalu membuatkan aku meraba
tanpa sinar…tanpa tanda.
Aku bertanya pada bintang malam
ke mana arah harus kutuju
ke utara, barat, timur atau selatan
agar kemudi haluanku
tidak akan kesesatan
sepertimana tersesatnya aku
pada kehidupanku yang lampau
tika nafsu memacu akalku.
Aku belayar mencari penawar
penawar untuk satu jiwa
jiwaku yang telah lama kegelapan
agar sinar yang bakal kutemu
akan kembali menyinari roh jiwaku
untuk aku kembali bersujud di hadapanMu
tanpa sangsi
tapi pasti.
…pelayaran ini
pastinya tidak akan terhenti
sehingga kutemui diriku sendiri.
Qalam Bertinta
25042013
1217pm
Izinkan aku.
Di gigi pantai
kulihat kautermenung; jauh
melepasi tujuh lautan
tujuh benua
apakah gerangannya bermain di fikiran
tidak dapat aku menduga
hanya dapat meneka
di dalam kesamaran
mungkinkah kerinduan menggamit hiba
ahh!
... ingin sahaja aku rampas kerinduanmu itu
membawa jauh melepasi benua
melepasi lautan
menjauhkannya dari dirimu
tapi ... ,
mampukah aku
mampukah aku merampasnya
membawa jauh, pergi
dari dirimu.
Izinkanlah aku.
Wednesday, 24 April 2013
Tajuk:Maafkan aku sayang
Maafkan aku sayang
mencoret puisi di tengah hari
tika peluh menitik-nitik turun ke bumi
dalam hati yang gundah sunyi...
Tika ini jangan disalah erti
puisi yang dilahirkan adalah dari hati
bersyukur kelebihan anugerah Ilahi
setiap insan punyai kelebihan sendiri
bukan merintih
bukan meratap
bukan memotong nadi di lengan sendiri
indahnya alam ciptaan Ilahi....
Maafkan aku sayang
mencoret puisi di tengah hari
tika melihat langit yang membiru
tika melihat air sungai mengalir lesu
aku sendu..
bukan niatku mengoncang nafasmu
menganggu rezeki yang terhidang depan mejamu
atau menggugat hati wajamu
maafkan aku sayang
puisi ini lahir dari hati
dari seorang yang baru hendak belajar berlari
melihat duniawi
untuk mereka yang memahami.....
penaluka kersani
Temerloh.
23 april 2013
HANYA UNTUKMU...(rin)
tetap ada kerinduan mengusik nurani
meski setiap saat kita berjumpa
dan hanya sejenak kita berpisah...
cantik hatimu sentiasa dalam anganku
menjejaki setiap relung jiwa
dengan tulus kasihmu...
mungkin kerap kali
ada kebodohan dalam diri
yang tak kutahu
resahkan jiwamu...
namun jangan kauragukan
tulus hati ini hanya untukmu
takkan mungkin kumendua
takkan mungkin kautergantikan
indahmu di singgahsana hatiku
untukmu belahan jiwaku...
dan kuharap engkau juga begitu..
jujur dan setia kepadaku...
abadikan cinta nan satu...
su:240413:09:33pm
Subscribe to:
Posts (Atom)