Sunday, 21 April 2013

kita yang bernama manusia.


matahari rembang di tengah langit
bebayang tengahari pun menghampiri
mengikut putaran waktu.

jiwa pula berlari tanpa henti
mengejar dunia yang tak bertepi
tak ketemu penghujung
penamat entah di mana.

bila diri melangkah penuh benci
tanpa paksaan diri pula asyik lena dalam mimpi
berbayang ilusi, tiada emosi dan tiada hati
hanya boneka mainan duniawi
jasad jadi munafik dalam realiti
menafikan yang benar, menipu dalam terang.

seringkali merasakan diri
sentiasa benar di dalam apapun
jarang mahu mengalah
jarang juga mahu bertolak ansur
dan memahami manusia lain selain dirinya.

kisah itu kisah yang sama
diulang berkali-kali
bilamana kita itu masih tidak mengerti
mengapa semuanya terjadi
tidak mahu menerima dengan hati yang redha
dan tidak memperbaiki kesilapan yang terjadi semalam.

kisah hitam yang terjadi di dalam kehidupan
banyak mengajar kita erti hidup
mengajar kita tetap tunduk pada Maha Pencipta
sekalipun cuma di dalam hati.

~amran azahari~
Lok Kawi, Kota Kinabalu

21 Apr 2013 jam 13:40.

No comments:

Post a Comment