Thursday, 18 April 2013

SEBELUM CINTA MENGENAL DUSTA



Di hamparan pantai ini
telah terdampar sebuah cerita
yang lesu dalam terjahan ekor-ekor ombak

…buih-buih itu airmata
menghujam bersama karang-karang tajam
yang tak henti ‘tuk melukakan
lalu mencipta pedih yang panjang.

Pantai ini kenangan
menyelak helai demi helai
setiap kisah yang terukir di lembaran dadanya
namun telah larut bersama titisan langit
yang memadam akan setiap huruf
huruf-huruf indah yang pernah dilakarkan
ketika cinta belum lagi mengenal dusta.

Pantai ini juga aku
yang menanti dalam setia yang tak pernah usai
biarpun dalam derap waktu yang sukar
akan kusatukan semua kelukaan ini
bersama alam
bersama ombak
bersama angin
agar dapat kusingkirkan
cerita sebuah cinta yang terpilu.

Pun aku akan terus setia di sini
dalam setiap pasang dan surutnya laut
dan dalam musim-musim yang berubah
kerana telah kuyakini

…pencinta setia itu adalah aku.

Dan ombak pun
masih lagi berlagu pilu.

Qalam Bertinta
18042013
1931pm
SEBELUM CINTA MENGENAL DUSTA

Di hamparan pantai ini
telah terdampar sebuah cerita
yang lesu dalam terjahan ekor-ekor ombak

…buih-buih itu airmata
menghujam bersama karang-karang tajam
yang tak henti ‘tuk melukakan
lalu mencipta pedih yang panjang.

Pantai ini kenangan
menyelak helai demi helai
setiap kisah yang terukir di lembaran dadanya
namun telah larut bersama titisan langit
yang memadam akan setiap huruf
huruf-huruf indah yang pernah dilakarkan
ketika cinta belum lagi mengenal dusta.

Pantai ini juga aku
yang menanti dalam setia yang tak pernah usai
biarpun dalam derap waktu yang sukar
akan kusatukan semua kelukaan ini
bersama alam
bersama ombak
bersama angin
agar dapat kusingkirkan
cerita sebuah cinta yang terpilu.

Pun aku akan terus setia di sini
dalam setiap pasang dan surutnya laut
dan dalam musim-musim yang berubah
kerana telah kuyakini

…pencinta setia itu adalah aku.

Dan ombak pun
masih lagi berlagu pilu.

Qalam Bertinta
18042013
1931pm

No comments:

Post a Comment