Di tebing wilahar
menjadikan wingit cinta
yang tiada bertugu
atau ukirannya
rubsyahku bagaikan rasian
inginkan realiti bukan fantasi
Amalgam mengilau bak ratna
mengilapkan pancarindera yang tidak berkaca
bak apogi meletus di angkasa
mengimbauku tentang sejarah cinta
engkau.. aku dan dia
yang terkunci di benjan sahaja
tidak bersuara
umpama dimatikan segalanya
Kesah termadkur
bukannya khayalan semata-mata
kesah cinta tiidak serupa Romeo dan Julietnya
yang mengakhiri begitu sahaja
ditunu warkah-warkah
menghapuskan sejarahnya
yang serpihan pengokot hati
seorang penjiwa dan pencinta
kini bertaukif di hadapannya
tidak serupa
seperti asfalt berbagai bentuknya
Lingsirnya sang mentari
di tepian wilahar bersejarah ini
yang dipanji seribu kata
disaksikan rembulan dan kerdipan bintang
hanya meninggalkan kesan sejarah silamnya
~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa ~ 28/04/2013
No comments:
Post a Comment