koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 22 April 2013
Gurindam: Hak Kita Milik Kita.
Dunia oh dunia
bulatnya bentuk dunia
yang berkuasa telahpun menindas
yang lemah dan takut hidupnya telahpun tertindas
yang diberi kuasa pernah tamak dan haloba
yang memberi kuasa tertindas hatinya dulu hiba
golongan pekerja sengsara lima tahun tiada pembela
kini masanya golongan pekerja mengguna hak menuntut bela
jangan dibiarkan periuk selamanya ditaburi pasir
berikan pengajaran agar diberi mandat untuk berfikir
sengsara kita berdendam tiada mahu bersengketa
di PRU nanti gunakanlah hak yang menjadi milik kita.
Gunakan hak kita sebaik-baiknya.
ss/spl/pm ... 21/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment