koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 23 April 2013
Seandainya dia kekasihmu.
Telah kuselak lembaran demi lembaran
telah kubaca kisah di setiap bingkisan
telah kulihat gambaran di sebalik lukisan
telah kuhidu bau pelangi yang diwarnakan
dan kini aku membuat kesimpulan
dialah cenderawasih di awan bertahta di benak anganan
anganan berkasih yang engkau idam-idamkan
percintaan yang engkau impikan.
Aku fahami, seloka yang engkau mainkan
dan biarkanlah aku; berjauhan.
ss/spl/pm ... 23/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment