koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 23 April 2013
Belayar Mencari Penawar.
Di sebalik terang mentari
aku berhijab
melayari bahtera kehidupan
mencari penawar duka
yang bergelombang tsunami di hati
rakusnya bak tangan gergasi
berkukukan besi
mencakar diri
... aku yang tercakari;
dilukai.
di situlah aku belayar mencari penawar
dan
... identitiku sendiri.
ss/spl/pm ... 23/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment