koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 18 April 2013
Sia-sia.
Telah aku katakan dengan jelas
jangan!
... jangan sesekali jejak kaki keluar rumah
kalau tidak mahu aku mengamuk,
merotan dan memukul
sedangkan di ketiadaan aku keluar bertugas
ibu mereka pula berkata
tak apa!
... bukannya jauhpun, dekat sahaja keluarnya mereka.
Sia-sia sahaja aku berkeras mahu mendisiplin
... mendisiplinkan anak-anak.
Penat.
ss/spl/pm ... 18/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment