Friday, 19 April 2013

PUISI BUAT WIRA-WIRA LAHAD DATU



Dengan darah semangat wira yang mengalir
engkau sahut semboyan perang itu
dan bersama tiupan nafiri yang sayup bergema
engkau menapak gagah bersama keyakinan jitu
tanpa sedikit pun ada rasa gentar
kerana engkau tahu
di bahumu tergalas satu amanah
amanah rakyat yang perlu engkau sempurnakan
demi negara yang engkau dan kami cintai.

Teruskanlah langkahmu wiraku
kuburkan semua musuh-musuhmu
musuh yang cuba mencipta onar
juga yang cuba membunuh keamanan
keamanan yang telah lama kita miliki
dan tunjukkan kepada mereka
negara ini negara berdaulat
negara ini juga punya wira-wira terbilang
yang rela berkorban segalanya
walau nyawa menjadi galang-gantinya.

Pergilah wahai satria negara
langkahmu teriring bersama doa kami
andainya engkau gugur menyembah bumi
gugurmu tidak akan kami tangisi
kerana gugurmu gugur bermaruah
maruah seorang perwira negara
yang rebah demi cintanya
pada agama, bangsa dan negara

Di merah tanah pusaramu
akan kami taburi dengan kuntuman dan haruman
mawar-mawar putih yang suci
seharum dan sesuci pengorbananmu
untuk bumi tercinta ini.

Al-fatehah untuk wira-wiraku yang gugur.

Qalam Bertinta
19042013
0623am.
PUISI BUAT WIRA-WIRA LAHAD DATU

Dengan darah semangat wira yang mengalir
engkau sahut semboyan perang itu
dan bersama tiupan nafiri yang sayup bergema
engkau menapak gagah bersama keyakinan jitu
tanpa sedikit pun ada rasa gentar
kerana engkau tahu
di bahumu tergalas satu amanah
amanah rakyat yang perlu engkau sempurnakan
demi negara yang engkau dan kami cintai.

Teruskanlah langkahmu wiraku
kuburkan semua musuh-musuhmu
musuh yang cuba mencipta onar
juga yang cuba membunuh keamanan
keamanan yang telah lama kita miliki
dan tunjukkan kepada mereka
negara ini negara berdaulat
negara ini juga punya wira-wira terbilang
yang rela berkorban segalanya
walau nyawa menjadi galang-gantinya.

Pergilah wahai satria negara
langkahmu teriring bersama doa kami
andainya engkau gugur menyembah bumi
gugurmu tidak akan kami tangisi
kerana gugurmu gugur bermaruah
maruah seorang perwira negara
yang rebah demi cintanya
pada agama, bangsa dan negara

Di merah tanah pusaramu
akan kami taburi dengan kuntuman dan haruman
mawar-mawar putih yang suci
seharum dan sesuci pengorbananmu
untuk bumi tercinta ini.

Al-fatehah untuk wira-wiraku yang gugur.

Qalam Bertinta
19042013
0623am.

No comments:

Post a Comment