koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 21 April 2013
Peraih Undi.
Peraih yang asyik meraih undi
janganlah terlalu fanatik, kena sentiasa beringat
provokasi memang lumrah dalam permainan politik
menghentam lawan pula bukan lumrah dalam meraih simpati
tapi permainan kotor yang dikeji
jangan sampai hilang perpaduan
kerana di akhirnya nanti
akibat berkelahi sesama sendiri
negara tercinta yang akan tergadai
kerana politik, kamu dibenci
biarlah berdisiplin
dan berikanlah rakyat peluang untuk memilih
jangan sampai nanti
rakyat meluat
... berbulu di hati.
Ingatlah wahai peraih-peraih undi.
ss/spl/pm ... 21/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment