Monday, 22 April 2013

KUCIPTA KEBENCIAN PALSU



Memang aku yang memulakan
rencah-rencah kemusnahan ini
untuk kutimbulkan bibit kebencian
agar kukuh bersarang di hatimu
perasaan yang akan kekal mengingatkanmu
betapa aku adalah seorang egois.

Engkau punya hak
untuk melacurkan kata-katamu padaku
melepaskan semua amarahmu
tanpa perlu berdindingkan hormat
kerana aku tahu
penghormatanmu bukan selayaknya untukku.

Namun sudah semestinya
setiap tingkahku, hanya aku yang mengerti
dalaman perasaanku
tidak perlu aku pamerkan padamu
kerana aku tidak melakukannya tanpa sebab
dan untuk persoalan itu
biar aku sahaja yang tahu
kerana jawapannya
tidak aku sediakan buatmu.

Qalam Bertinta
22042013
0031am
KUCIPTA KEBENCIAN PALSU

Memang aku yang memulakan
rencah-rencah kemusnahan ini
untuk kutimbulkan bibit kebencian
agar kukuh bersarang di hatimu
perasaan yang akan kekal mengingatkanmu
betapa aku adalah seorang egois.

Engkau punya hak
untuk melacurkan kata-katamu padaku
melepaskan semua amarahmu
tanpa perlu berdindingkan hormat
kerana aku tahu
penghormatanmu bukan selayaknya untukku.

Namun sudah semestinya
setiap tingkahku, hanya aku yang mengerti
dalaman perasaanku 
tidak perlu aku pamerkan padamu
kerana aku tidak melakukannya tanpa sebab
dan untuk persoalan itu
biar aku sahaja yang tahu
kerana jawapannya
tidak aku sediakan buatmu.

Qalam Bertinta
22042013
0031am

No comments:

Post a Comment