koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 20 April 2013
Tawakallah.
Mulakanlah dengan Bismillah
dan akhirkanlah dengan Alhamdulillah
laluilah kehidupan satu persatu
hadapi masa hadapan dengan ketenangan
hindarkan rasa ragu-ragu
biarkan masa silam membimbing perjalanan
dan beristiqomahlah dengan Allah
semoga dipermudahkan kehidupan kita
kerana sesungguhnya Allah tidak menguji hamba-Nya
dengan ujian yang tidak mampu dilalui
oleh hamba-hamba-Nya.
Bertawakallah, bertahajudlah
dan beristiqorahlah mohon hidayah Allah
agar memimpin jalan kelam
... suram di hatimu.
Insya-Allah.
ss/spl/pm ... 20/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment