koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 27 April 2013
PEMUISI ANGKUH
Aduh!
bagaimanakah hendak aku mulakan
satu cerita yang bukaan rekaan
tapi benar dan bukan sengaja dibenarkan
cerita tentang seorang pemuisi perasan
yang rasa karyanya tiada tandingan
di antara ramai-ramai yang jadi ahli kumpulan
kononnya dialah yang paling berketerampilan
hinggakan silapnya yang cuba teman-teman betulkan
disanggah dan diperleceh ikut ‘dan
mungkin dia rasa puisinya cukup jagoan
hingga tak perlukan pandangan
atau pun untuk diperbetulkan.
Di sini ingin aku tekankan
kalau anggap semua teman tidak sepadan
lebih eloklah tinggalkan kumpulan
pergilah berpuisi sendirian
kemudian lambunglah diri dengan puji-pujian
lepas tu senyumlah tanda kepuasan.
Cerita ini bukan dongengan
semuanya adalah kenyataan
moga boleh beri kesedaran
kepada yang empunya badan
cukup-cukuplah dengan sikap perasan
kita semua ini makhluk ciptaan Tuhan
tidak dianugerahkan dengan sifat kesempurnaan
ambillah teguran dan jadikan panduan
dan belajarlah dari kesilapan
jangan dianggap sebagai celaan
usahlah angkuh melebihi sempadan
barulah dihormati teman-teman.
Qalam Bertinta
26042013
1925pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment