koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 19 April 2013
Semilir di petang itu.
Semilir angin bak taufan
menggoyangkan dedahan jiwa
wabak derita, berdedalu
ragam manusia berbagai coraknya
penuh muslihat bersemilir
beragenda, menjelir
mencari mangsa yang terleka
... di hatinya, alpa
sengketa.
Di petang itu
semilir bak taufan bergilir melanda
di hati, terluka
... aku kecewa.
ss/spl/pm ... 19/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment