koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 9 May 2013
Assalamualaikum
Tak tahu bagaimana, di mana atau harus macam mana aku luahkan kemarahan di hati ini...atas isu perkauman yang dimain-mainkan orang-orang yang tidak mencintai keamanan ini...rupa-rupanya ada juga dalam senarai rakan aku yang turut sama tidak mencintai keamanan.
Setelah keputusan pilihan raya diketahui semua, pahat masih lagi ingin dibunyikan si dia ini...dan dengan kelantangan aku membidas mereka-mereka yang tidak tahu bersyukur ini dia gunakan pula segala karya aku dengan mengatakan aku SEORANG melayu yang tamak.
Aduhai!...tamakkah aku kalau aku tidak selari dengan permainan dia yang ingin mencetuskan huru-hara dan ketegangan di dalam negara...bukan hanya aku membidas penyokong kerajaan tapi aku turut membidas penyokong pembangkang. Yang aku sokong adalah keamanan...yang aku sokong adalah kemakmuran dan biarlah kita semua bertenang selepas pilihan raya ini dalam kedamaian...tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang kembali...saling benci membenci antara kaum, saling bermusuhan di antara kita semua. Peristiwa berdarah terjadi sekali lagi.
Bayangkanlah bertapa cuaknya hati seorang melayu kalau duduk di dalam mejoriti kawasan cina dan bertapa cuaknya hati seorang cina yang duduk di dalam mejoriti melayu seandainya isu ini berterusan...isu ini terus dimainkan...hati sentiasa tidak tenteram, sentiasa memikirkan keselamatan diri dan keluarga yang tercinta...aduhai...fikirkanlah. Ini semua mendatangkan ketegangan.
Ya...ada orang cina yang amat membenci orang melayu...sama juga dengan orang melayu...seperti SI DIA inilah yang membenci orang cina...tapi tidak semua orang cina dan melayu sebegitu...ramai yang suka bertoleransi di dalam kemasyarakatan, suka berkerjasama untuk menciptakan kedamaian dan keamanan sesama masyarakat.
Jadi tolonglah...jangan gunakan karya-karya aku kononnya untuk menunjukkan yang aku SEORANG melayu yang tamak...orang seperti engkau tidak layak berada di dalam senarai rakan aku...engkau aku buang terus dari senarai rakan aku...ada lagi yang bersikap sebegini...kalau ada sila pastikan anda tiada di dalam senarai aku sebelum aku sendiri membuang engkau.
TITIK...aku sayangkan keamanan dan kemakmuran masyarakat di dalam Malaysia...jadi jangan samakan aku dengan kamu semua yang tidak tahu bersyukur yang kita hidup dan berkeluarga di dalam masyarakat yang majmuk. Saling bertoleransi sesama kaum.
Siapakah yang TAMAK sebenarnya?... .
Salam penutup, aku akhiri sekali lagi...jangan samakan aku dengan kamu semua.
Sazalee Sulaiman.
ss/spl/pm ... 09/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment