koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 13 May 2013
G E L O R A
Saat berdepan dengan gelora rasa
yang melanggar tebingan hati
pada kala angin lembut menyapa
deburan ombak perlahan berbisik
kata rindu pada pantai
mujur bebatu penahan hakisan
utuh berdiri
menolak gelora rasa bertandang
kerana pantai ini tahu
ada halangan dibawa ombak rasa
tak mungkin menerima walau ada bisikan rindu
kerana rindu itu ada pemiliknya
maka biarkanlah rindu itu
dibawa ombak rasa
kembali ke tengah lautan
biarlah pantai ini
hanya melihat dari kejauhan
jikapun masih ada rindu menerjah gelora rasa,
biarlah bayu membawanya pergi
jauh dari sini..............
Getar rasa,
Liza Isma/12052013_Ahad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment