koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 11 May 2013
Hari ibu di bulan Rejab.
Rejab pergi Rejab kembali lagi
tapi kali ini Rejab yang kembali begitu istimewa sekali
Rejab yang kembali membawa sinar suci
harapan bersemi, nilai-nilai murni
dinaungi Al-Rahman dari zat kasih Ilahi
sesuci Al-Rahim; Sang Pencipta insan-insani
mencipta rahim ibu mithali
melahirkan zuriat mujahid dan syuhadah sejati.
Selamat hari ibu di bulan yang barakah ini.
ss/spl/pm ... 11/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment