koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 11 May 2013
~ mendakap resah, dipasung rindu ~
mendakap resah
tiada terzahir bicara
sekadar mengharap
bulan mengambang
tika malam kian gelap
mendakap resah
pilunya hati
membungkah seribu persoalan
yang pastinya tiada jawaban
dipasung rindu
dalam sepinya malam
tiada berbintang
derisan paluan ombak di pantai
meresahkan
menambah lara
di manakah noktahnya
pertemuan kelmarin
mendakap resah, dipasung rindu..
Jue Affendi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment