koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 10 May 2013
Monolog si orang sakit.
'Uhuk uhuk'
"Aduh! ... sakitnya dadaku
peritnya tekakku
meremangnya tengkukku
panasnya dahiku"
"Batukku tidak lepas
tersekat di tengah kerongkong berbelebas
seakan terkandas
tidak terludah di mangkuk tandas"
"Suara semakin serak
bagai ada pelepah merak
menggaru tekak
bukannya menggaru ketiak"
"Tengkukku kian meremang
peluh membasah di dahi tak rewang
tidak membayang
tidak pula - baru pulang di medan perang"
"Ya Allah ... seandainya ini pembersihanku
pembersihan segala dosa-dosaku
aku terima dengan hati yang terbuka
menerima segala ujian dari-Mu Tuhanku yang Esa"
"Amin".
Monolog dari hati seorang pesakit.
ss/spl/pm ... 10/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment