koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 19 May 2013
Nasib Malang.
Tangkai menegak di atas para
bertemu rotan ruasnya lima
menapak berundur meniti senja
berbolak-balik di hujung tangga.
Si pucuk muda dipasang angan
pahar gangsa jadi taruhan
sirih dijunjung berkandar tangan
pulang rombongan berpeluh sakan.
Embun membasah di atas tanah
... aduhai.
ss/spl/pm ... 19/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment