Friday, 10 May 2013

PASTI KUCUBA



Sekadar menyapa
untuk cuba mengetuk
pintu bilik hatimu
kerna telah kutahu
ianya telah lama tertutup
demi satu kelukaan
yang terlalu sukar
untuk engkau ubati.

Sekadar mencuba
untuk singgah di ruang kosong
yang mungkin masih bersisa
untuk kuletakkan satu harapan di sana
biarpun aku juga tahu
kepercayaanmu pada satu cinta
telah cuba engkau kuburkan
dari ingatan dan khayalanmu.

Akan terus kucuba
kerana aku juga tahu
satu hari nanti
pasti pintu bilik hatimu
akan engkau buka
untuk menjemput masuk sang cinta
biarpun waktu itu
bukan cintaku yang engkau undang.

Qalam Bertinta
10052013
1025am
PASTI KUCUBA

Sekadar menyapa
untuk cuba mengetuk
pintu bilik hatimu
kerna telah kutahu
ianya telah lama tertutup
demi satu kelukaan
yang terlalu sukar 
untuk engkau ubati.

Sekadar mencuba
untuk singgah di ruang kosong
yang mungkin masih bersisa
untuk kuletakkan satu harapan di sana
biarpun aku juga tahu
kepercayaanmu pada satu cinta
telah cuba engkau kuburkan
dari ingatan dan khayalanmu.

Akan terus kucuba
kerana aku juga tahu
satu hari nanti
pasti pintu bilik hatimu
akan engkau buka
untuk menjemput masuk sang cinta
biarpun waktu itu
bukan cintaku yang engkau undang.

Qalam Bertinta
10052013
1025am

No comments:

Post a Comment