koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 6 May 2013
PUISIKU
Aku suka berpuisi
puisi lama indah sekali
ayat tersusun penuh bererti
memberi ilham juga inspirasi
andai dapat aku menggali
khazanah ilmu seni berpuisi
akan kuhamparkan di sini
segala cerita isi hati
bagaimana mula cinta bersemi
betapa rindu menghimpit hati
tersulam kenangan dalam mimpi
semuanya akan kukisahkan di sini
dalam ayat puisi yang penuh seni
namun ilham seni seakan menyepi
puas kutunggu tidak timbul lagi
semuanya bagaikan mati
menyentap seluruh urat nadi
Cahaya Laila
6 mei 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment