koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 21 May 2013
RINDU DI JERIJI BESI.
Berdakap kasih
melimpah tangis
gema esakan
... teriakan.
Ahh! ... hangatnya pipi
rindu bertahun
delapan tahun berkira
jeriji besi
... penghalang.
Adik! ... tangisan seorang abang
menjadi petang ini
di mimpi - di siang hari.
Sihatkah adikku ketika ini
setahun sahaja lagi
jeriji besi
melebur angkuh.
ss/spl/pm ... 21/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment