koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 9 May 2013
Seandainya itu satu kemestian.
Andai bersendiri itu ada kebaikannya
relalah aku bersendirian
tanpa perlu memikirkan persengketaan
tanpa perlu memikirkan perbalahan.
Andai bersendiri itu membawa seribu kedamaian
relalah juga aku bersendirian
menyepikan halamanku
dari mereka yang sengaja mahu mencetuskan perbalahan.
Biarlah kurang teman
dari terlebih teman yang terlalu taksub
bergelumang di kancah kepolitikan
yang tidak tahu bersyukur dengan keamanan negara.
Aku rela mengosongkan halaman muka bukuku ini.
ss/spl/pm ... 09/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment