Monday, 13 May 2013

Selepas mimpi.



Telah kubilang darjatnya diri
di dalam mimpi aku berlari
mengejar bayang yang tidak pasti
menjauh pergi merak dihajati

sekali lagi hatiku sepi
sendiri menempuh hari yang sunyi
sayap tercarik hilanglah seri
terkulailah pipit di malam hari

anganan menggunung ditolak tepi
kerana mengerti hodohnya diri
tidak dipandang si tuan puteri
apatah lagi untuk disayangi

wahai puteri yang aku sanjungi
di atas bayu singgahsana puri
pada dirimu aku akui
kini kutakut untuk bermimpi

kerana kusedar diriku ini.

ss/spl/pm ... 13/05/2013.


No comments:

Post a Comment