koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 18 May 2013
Semakin parah.
Rimba malam berbisik halus
lembut menyanggah hayunan langkah
menerawang ke bulan terawang-awangan
minda berdarah kehilangan arah.
Badan berpeluh berlari bukan
duduk di bangku merenung bulan
bahang terasa membakar tiang
tiang di badan semakin rapuh.
Lahar mendidih letusan gunung
bayu merapat semakin padat
nafas tersekat udara nipis
dada bergolak berdencing kahak.
Di wajah jelas pekat memerah.
ss/spl/pm ... 18/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment