koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 14 May 2013
Serumpun sebangsa.
Usah membangga diri
kononnya bangsa meninggi di puncak
sedangkan keturunan apalah salasiah
kacukan berkurun lama
nak kata Belanda bukan
nak kata Portugis pun bukan
nak kata Inggeris lagilah bukan
tiada ras berketurunan asli
perkahwinan bercampur agama
sudah tiada asnaf mulia
suami islam - isteri mubaligh keristian
apa lagi hendak dibangga
sudah-sudahlah melayu dihina
kita semua serumpun sebangsa
cubit kiri terasa kanannya paha
tidak perlu berbalah cerita.
Maafkan aku berkata.
ss/spl/pm ... 14/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment