koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 13 May 2013
Siapalah aku untuk bermimpi.
Bagai bulan dibakar mentari
ingin memegang terpanggang jari
sedarlah aku siapa diri
mana mampu beriring selari
tangan tak sampai kerana pendek
kaki longlai akibat katik
jauh resmi ayam dan itik
akal cetek minda tak cerdik
engkau merak di atas kayangan
aku pipit di awang-awangan
kepak tercarik kerana igauan
rendah terbang jatuh gelimpang
tidak terdetik anganan dipasang
engkau dan aku menjadi sepasang
hidungku kemek kecilnya lubang
tidak semancung muncungnya enggang
di bawah bayu membilang darjat.
ss/spl/pm ... 13/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment