koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 21 June 2013
KUKUCUP MALAM SEMALAM.
Lewat senja di tangga ilham
mengenang kembali kesah semalam
berdakap mesra meratah dendam
bertatap mata di perdu malam.
Pandang memandang mata bertentang
mulut terkunci sendu mendatang
bertahun terpendam rindu berperang
sunyi berdendang sepi berlapang.
Tangan berjabat bergenggam erat
mata berair merenung rapat
bagai kerongkong terluka pahat
parah di dalam suara tersekat.
Saat berlalu memaku sendu
berdiri tercegat disagat syahdu
kuperah kudrat berseru nawaitu
berdakap padu bersaksi pilu.
Kukucup semalam di dahi piatu.
SAZALEE SULAIMAN ... 21/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment