koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 21 June 2013
KUKUCUP MALAM.
Lewat redup sayup kiam
bagai kemuncup bercerucup tajam
melerai duri barbelati kejam
duka melaram.
Rindu suam lama terendam
bermukim di hati berulu pejam
dendang ria hilang berkalam
kian terhadam.
Sayup datang berkirim salam
hanyut tenggelam di laut dalam
merelai kasih di perdu silam
merenung dalam.
Kubakar dupa cendana hitam
menyambut kasih merawat kusam
aroma rindu kasih terpendam
kuampungkan dendam.
Kukucup malam bersambut salam.
SAZALEE SULAIMAN ... 21/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment