koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 20 June 2013
Nak
Nak diajar
mereka orang terpelajar
nak diperingatkan
mereka orang berpengetahuan
nak dipersalah
tiada akta di mahkamah
Apalah salahnya
"Membiasakan yang betul
Membetulkan yang biasa"
Susah sangatkah 'mengeja' dengan betul
semoga martabat bahasa ibunda kita terpelihara.
Siapa nak marah...marahlah hari ini
semoga esok, anak-anak kita tak menuding jari
kepada ibubapanya sendiri.
~msa;19.6.13 KTPP Jitra Kedah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment