koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 2 November 2013
Syair Kodok Naik Junjung.
"Kodok oh kodok, kenapa naik junjung?
bagaimana aku tak naik junjung?
semua makhluk datang menyanjung
walau aku tak minta disanjung"
"Kodok oh kodok, jangan engkau kelentong?
untuk apa aku nak kelentong?
bukannya mendatangkan untung
untuk mengisi kekosongan kantung"
"Kodok oh kodok, kenapa meninggi diri?
aduhai! betulkah aku meninggi diri?
sedangkan aku sering menyepikan diri
di dalam tempurung aku letakkan diri"
"Kodok oh kodok, kenapa engkau langsi?
bukan akulah yang langsi?
cengkerik yang sering berlangsi
busuk hati meniupkan bangsi"
"Kodok oh kodok, kenapa ... ,
chop, aku nak tanya engkau ni siapa?
bertanya soalan pelbagai rupa
engkau ni pun geng cengkerik ke apa?"
"Err err ... "
Kodok tutup pintu tempurung.
Sazalee Sulaiman ... 02/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment