koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 2 November 2013
CINTA YANG KUTINGGALKAN DI BANJARAN TITIWANGSA
Aku kembali lagi
ke daerah ini
menyusur denai-denai kenangan
yang pernah kita lalui
tika cinta bersatu
di Banjaran Titiwangsa.
Permatang kasih itu masih ada
di situ, kita duduk bercerita
tentang kita
tentang cinta
tentang harapan
kita pun tersenyum
dan banjaran itu pun
turut sama tersenyum.
Denai itu masih kuselusuri
bauan tubuhmu masih ada
dan pada setiap helaian daun kemuning
larik senyummu masih di situ
sopan dan meredup
pun di akhir denai itu
telah kusedari
aku hanya sendiri
menelusuri jejak
yang telah lama kita tinggalkan.
Banjaran Titiwangsa itu
masih di situ
menanti cerita baru
yang pastinya akan terungkap
di denai yang sama
namun dengan kisah yang berbeza.
Qalam Bertinta
Klang
02112013
0859am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment