koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 21 August 2014
ALAM BERKIAS HAMPAR
Kekulit wajah terbakar
liang pori padat berselumbar
limpahan minyak tidak berpelantar
api belum menyambar
ketika nafas semakin sukar dilempar
bertiupan bayu nipis di layar
mendatar ... ,
dan bahang menerjah tampar
di petang Khamis berkumisan hambar
mungkin petanda malam Jumaat berkamar
hujan ghairah melamar.
Berdakapan di dalam gebar.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
21/08/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment