Monday, 25 August 2014

HANYA MAMPU BERDOA..


Bayu malam mula menyapa pipiku
Dingin yang nyaman dan damai
Tak mendamaikan hatiku
Yang sedang tertanya pada
Dunia yang sedang berbicara
Penuh dengan kedustaan!


Penderitaan kesedihan dan air mata
Sudah tiada erti bersama hari-hari
Yang berwarna kelabu walau
Sesekali ada pelangi indah hampiri
Kerana kekejaman sedang jadi pujaan
Di hati-hati mereka yang dalam kegelapan


Cerita di sana dan di sini
Punya bicara yang berbeza
Tapi mainan perasaan yang seakan
Serupa kedamaian sedang dalam ujian
Yang tiada taranya dari mereka-mereka
Dengki dengan indahnya dunia tanpa sengketa!


Kecanggihan dunia tanpa sempadan ini
Seakan tiada simpati pada yang bernama nyawa!
Kerana nyawa kini seakan tiada harga
Di hati, di mata dan di minda mereka
Yang rakus dan takbur pada kekuasaan
Pada dunia yang sementara ini


Marah aku benci aku
Hanya terpendam dalam hati
Dalam jiwa bersama doa-doa
Semoga kedamaian itu akan kembali
Pada mereka-mereka yang dizalimi
Dan semoga kebenaran akan menjadi kenyataan!


Dan aku..,

HANYA MAMPU BERDOA ..
Semoga damai
Malam kembali
Pada mereka dan diri
Bersama...,
Mimpi yang indah ..


Juneinda
Puisiinda
Karya sastra
240814,0956pm

No comments:

Post a Comment