koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 14 August 2014
GURINDAM PUJANGGA
Usah bermuka, main angkara;
gurindam seloka, membuka suara.
Usah mengukur, tipu muslihat;
bukan menegur, cuma nasihat.
Usah menimang, si buah durian;
kelak meremang, roma sendirian.
Usah bermain, si bunga berapi;
pandanglah cermin, lihatlah pipi.
Usah dipuja, semangatnya besi;
pandangkan saja, senyumkan gusi.
Usah menegak, si benang basah;
nanti gelegak, darah gelisah.
Usah terleka, asik mengata;
berbaik sangka, amalan kita.
Usah meluka, mencucuk duri;
gurindam seloka, mengundur diri.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment