koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 27 August 2014
'OLD SCHOOL BOY'
Katakan saja aku seorang kolot
sekolahpun beralas tar di lutut
minyak kelapa teman di rambut
supaya tak kusut
menggalas papan hijau tidak berkasut.
Aku tak tahu apa itu paradoks
yang aku tahu gigi harus kugosok.
Aku juga tidak tahu tentang simiotik
apatah lagi sintaksis atau analogi
nak saja kutambah 'ka' menjadi analogika
tapi tak logiklah kan?
Cuma yang kutahu apa itu metafora.
Aku memang 'old school boy'
kerana aku belajar melalui papan hijau
juga dari dendang perantau.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
27/08/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment