koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 9 August 2014
TUJUH WARNA PELANGI
Kulihat pelangi cantik berseri
warna mewarnai prakanvas anak seni
dalam lembayung senja menanti
saling toleransi beri memberi
sering muafakat hidup berkongsi
lindung melindungi sesama sendiri
bagaikan paha, ada kanan ada kiri
dicubit satu yang lain merasai
namun kenapa kebelakangan ini
pelangi bertingkah tamak mewarnai
cuba membaham saling tenggelami
leka bertelanjang disimbah mentari
tidakkah boleh kekalkan toleransi
saling berbahagi saling menikmati
mentari bersinar sesama berkongsi
ketujuh warna melengkapi pelangi.
Usah dibiarkan senja melewati.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment