koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 12 August 2014
GURINDAM JIKA BERBALAS USAH
Jika kita berhati batu,
usah kawan dilontar batu.
Jika kita berhati iblis,
usah kawan dijadikan bilis.
Jika kita berhati buta,
usah kawan dikata dusta.
Jika kita berhati serong,
usah kawan dipakaikan sarung.
Jika kita berhati raja,
usah kawan dibuat baja.
Jika kita berhati plaster,
usah kawan disamakan hamster.
Jika kita berhati geli,
usah kawan dilaku buli.
Jika kita berhati katik,
usah kawan dikatakan plastik.
Jika kita berhati kaudu,
usah kawan dituju gundu.
Jika kita berhati beku,
usah kawan dicengkamkan kuku.
Jika kita berhati kering,
usah kawan dikencing haring.
Jika kita berhati longkang,
usah kawan ditikamkan belakang.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment