koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 29 August 2014
MIMPI DI SIANG HARI
Engkau dan aku
terpisah hakikatnya
tidak akan dapat bersama
sempadan terbina
di antara arus
kuala dan muara
geruh menanti di sana
pusaran tidak mampu berdakapan
harapan kan sirna akhirnya
impian dibina
tenggelam ke dasarnya
dan ketahuilah
kita ... ,
kita cumalah penunggang mimpi
di kesiangan hari.
Akupun terjaga dari sebuah lena.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
28/08/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment