koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 21 August 2014
JANJI DICAPATI
Oh ho hoi!
Bagai menanti buah yang tidak gugur
dah dekat jam sembilan tak muncul-muncul
manalah jabatan kesihatan ni hoi
mungkinkah enak dibuai dodoi
oh ho hoi!
Dikatakan jam lapan pagi hingga duabelas tengahari
la ni mentari dah meninggi jam sembilan pagi
tak muncul, muncul lagi
aku dah menanti siap berbaldi.
Kalaulah janji sedap dibuat capati
berjanjilah bagai nak rak dekat selori
hilang lenyap sirna janji
aku yang menanti terbakar hati.
Jangan nanti hanya janji,
hangat-hangat tahi ayam di kaki.
Ada bau menerokai,
dibasuh kaki hilanglah tahi.
Oh ho hoi.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
21/08/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment