Jika sesat di hujung jalan
kembalilah semula kepada Tuhan.
Jika sesat mencari ilmu
usah biarkan syaitan bertamu.
Jika sesat menutur kata
pasti akan timbul sengketa.
Jika sesat memilih kawan
jalan dituju tidak ketahuan.
Jika sesat dalam masyarakat
kembali bersatu serta muafakat.
Jika sesat dan berputus asa
berdoa mohon pada Yang Esa.
Jika sesat mencari hakikat
fahami syariat paling berkat.
Jika sesat dalam maksiat
sucikan diri dengan bertaubat.
Jika sesat memburu hajat
bersyukur sahaja apa yang dapat.
Jika sesat dalam amalan
Al-quran dan sunnah jadikan pegangan.
Qalam Bertinta
Klang
23082014
0723am
usah biarkan syaitan bertamu.
Jika sesat menutur kata
pasti akan timbul sengketa.
Jika sesat memilih kawan
jalan dituju tidak ketahuan.
Jika sesat dalam masyarakat
kembali bersatu serta muafakat.
Jika sesat dan berputus asa
berdoa mohon pada Yang Esa.
Jika sesat mencari hakikat
fahami syariat paling berkat.
Jika sesat dalam maksiat
sucikan diri dengan bertaubat.
Jika sesat memburu hajat
bersyukur sahaja apa yang dapat.
Jika sesat dalam amalan
Al-quran dan sunnah jadikan pegangan.
Qalam Bertinta
Klang
23082014
0723am
No comments:
Post a Comment