koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 9 August 2014
MONOLOG AKU BOIKOT
'Aku boikot
aku boikot McD
agen yahudi
kejam tak berhati
zalim tidak terperi
... AKU BOIKOT McD'
"Hello penghantaran segera McD, saya nak pesan ... "
'Aku boikot milo
keluaran Nestle
semuanya tali barut yahudi
pergi jahanam
pergi mati
... AKU BOIKOT Milo'
"Hoi Man! Milo beng cepatlah sikit. Tekak dah kering sangat ni."
'LU FIKIRLAH SENDIRI'
malas nak cerita.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment