koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 22 March 2013
Poligami.
Teringat aku sebuah telemovie
yang aku tonton malam kelmarin
di tv2 jam 4 pagi
tajuknya kelat-kelat madu,
ada sebuah dialog
yang amat menarik untukku kongsikan
dengan semua.
Dialognya:
"Satu teko dengan empat cawan di sisinya
cuba kalau ditukarkan pula
satu cawan dengan empat teko di sisinya
apa yang akan terjadi?"
Begitulah ungkapan dialognya
tentang rasa ketidakpuasan hati
kenapa seorang wanita
tidak dibenarkan
mempunyai empat suami di dalam Islam
sebagaimana lelaki dibenarkan
jelas, amat jelas
penerangan yang diberikan.
Begitu juga
jika wanita yang bersuami empat
dapatkah dia menentukan
siapa bapa kepada bayi yang dikandungnya
sebagaimana seorang lelaki
sudah tentu dapat membuktikan
dialah bapa
kepada bayi-bayi yang dikandungkan
ke empat-empat isterinya.
Renung-renungkanlah.
ss/spl/pm ... 22/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment