koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 21 March 2013
Merpati Putih.
Sayap malam mula bertebaran
bagai merpati, sayapnya putih dikibas-kibaskan
membawa bayu menyapa damai, kemesraan
di kaki langit, lembayung senja masih berbasi kemerahan
menyentuh rasa tawaduk hati,
pasrahku Tuhan.
Di waktu senja
kala azan bergema laungan
merpati putih,
pelepah di sayapnya
aku bidalkan.
Berserakan di seluruh pelusuk alam.
ss/spl/pm ... 21/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment