koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 21 March 2013
~~Jeritan Kebisuan~~
Tandus!
kontang!
merekah dan kekeringan!
Itu lautan hatiku...
menanti hadir siraman kasihmu
menunggu tiba titisan embun sayangmu
itu angananku...
Gering lalu mati!
Lebur lalu hancur!
Itu jiwaku...
Kacau!
Sasau!
galau!
Bertingkah bersahutan
itu jeritan batinku
Jamahlah aku walau seketika
sentuhlah aku walau sepincing cuma
kucuplah aku walau sedetik tika
Peluklah aku walau sepintas masa
itu rayuanku
Aku tidak mampu lagi
'tuk menjerit kebisuan lantaran tiada dirimu
Datanglah padaku...
Dekatilah aku...
Dampingilah aku...
bersatulah denganku
Ya Iman...
Temuilah aku,
agar kuat agamaku!
~vivianurazura~
20/03/13 03:55 am
LUMUT,PERAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment