koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 22 March 2013
~~Cerita Jiwa~~
Langkah itu kini terhenti
keliru dan celaru menemani
menggagau, meraba dan mencari
apa ada di akhir ceritanya nanti...
Lecet-lecet luka dipandang remeh
nian ludahan menutupi
Hembusan nafasnya kencang
laksana jagoan di padang
persoalan kembali menjengah hati,
siapkah dia?
hebatkah dia?
Berkuasakah dia?
Lantas dimamah kerikil tajam
dihirup pasiran jerlus
dikucup bayu yang menyapa
namun hati tetap bertanya juga!
matanya merenung jauh
jauh ke ufuk kiblat
tatkala itu cebikan menjelma
terpadam iman
terkuburlah akal...
jiwanya kosong!
Kosong sekosong-kosongnya!
kini dia tahu,
dia telah jemu!
Jemu dengan dunianya!
dunia cacian
dunia candaan
dunia yang penuh kepuraan!
dia bukan Nasisistik
dia juga bukan Histrionik!
dia cuma makhluk biasa,
makhluk bernama manusia!
Walhal itu dia tidak sehebat mana!
Hembusan dihela lagi
lalu perlahan berdiri
menapak ke tepian kali...
berbisik sendiri,
sayonara dunia!!!
~vivianurazura~
22/03/13 00:30 am
ALOR STAR,KEDAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment