Kerisauan terkumpul di dalam dada
takut engkau tidak dapat menerima
kata dan madah yang aku gema
untuk memikat hatimu semula.
Mungkinkah aku terlalu mendesak
dalam karya-karya yang aku selerak
tidak terlindung tidak terelak
terbuka kerak beralasnya tidak.
Perlukah aku mengundur selangkah
untuk mengelak dari bertingkah
di waktu yang sama kuolahkan madah
mengalahku ini bukannya menyerah.
Telah kubertekad di dalam hati
menyerah kalah tidak sesekali
biar berundur selangkahnya kaki
untuk kumelangkah tegar, di lain hari.
Kerana dirimu amat aku kasihi.
ss/spl/pm ... 07/04/2013.
No comments:
Post a Comment