koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 18 April 2013
Sesejuk belaian angin rindu
Ranting mawar merapat rasa
angin rindu menyapa pipi lembut
selembut sutera menghias jiwa
indah dalam keindahan memuja
tika waktu berkongsi bicara
hembusan angin menghulur setia
Damai, lontaran indah kerinduan
menafsir lembut suara berkiasan
indah kamar hati menikmati
bunga rindu hadir berilusi lagi
beralunan indah menjadi teman
malamku, diterangi indah cahaya
Rindumu, melambaiku ke sana
di dada langit terukir warna
subuh hadir, embun menanti
membasah rindu yang dahaga
bertakung indah tasik hati
kubaluti, mendakap indahmu
sesejuk belaian angin rindu.
Moyyu.
18.4.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment